Tuesday, August 18, 2009

SUMBANGAN KEPADA MANGSA POKOK TUMBANG

Selepas selesai menghadiri program di Kampung Sungai Rusa, Y.B. Dato' Abdul Halim bergegas ke Kampung Kongsi kerana terdapat sebuah rumah dihempap oleh sebatang pokok kelapa. Kejadian yang menimpa rumah Encik Ramu itu telah menyebabkan bumbung dan dinding dapur beliau rosak teruk. Y.B. Dato' Abdul Halim melalui pembantu khas beliau, Encik Abdul Rahman akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkuasa untuk tindakan lanjut. Untuk meringankan beban mangsa, Y.B. Dato' Abdul Halim telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada keluarga berkenaan.

MUSNAH...Y.B. Dato' Abdul Halim melihat sendiri kerosakan dapur rumah Encik Ramu

MENGHULURKAN BANTUAN...Encik Ramu menerima sejumlah sumbangan peribadi daripada Y.B. Dato' Abdul Halim

No comments:

Post a Comment