Tuesday, August 18, 2009

KEMPEN MENGIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI

Selaku Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Dato' Abdul Halim telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Penang Times Square pada Isnin, 17 Ogos baru-baru ini. Program yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ini dihadiri oleh pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Majlis turut diserikan dengan persembahan koir merdeka dan pendeklamasian sajak perjuangan.

PROTOKOL...Y.B. Dato' Abdul Halim mengiringi Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang ke tempat acara perasmian

SEMANGAT PATRIOTIK...Barisan pimpinan utama negeri bersama para hadirin berdiri sambil menyanyikan lagu rasmi 'Negaraku'

SERUAN KEPADA RAKYAT...Y.B. Dato' Abdul Halim, selaku Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Negeri mengajak semua lapisan masyarakat agar turut serta dalam semua acara yang diadakan demi menyatakan rasa cinta pada negara

TAHNIAH...Y.B. Dato' Abdul Halim menyampaikan hadiah kepada pemenang acara esei kemerdekaan

No comments:

Post a Comment